Thursday, February 11, 2010

BEZA PEREMPUAN DENGAN GADIS

Beza antara PEREMPUAN dan GADIS tentunya pada ejaannya. Tapi korang tau tak maksud dan pengertian antara PEREMPUAN dan GADIS pun turut berbeza?
PEREMPUAN ni kalo bercinta sanggup berkorban apa saja kat boyfriend dia. Kad credit, duit, body apatah lagi jangan cakap la. Kononnya setia pada yang satu. Diri sendiri yang merana bila tengok boyfriend sendiri minum air satu gelas dengan awek lain.
Adoila.. Kesian.. Tapi kadang² tu ada jugak PEREMPUAN yang dah mengikat janji, tapi masih buat perkara tak senonoh dengan lelaki lain.
Tak macam GADIS. Walaupun sekali couple sampai 10 orang, tapi lelaki nak sentuh sorry sikit. Maruah dan kehormatan diri kena jaga. Baru disayangi mentua. Lagi pun nak cari boyfriend yang boleh buat suami bukannya senang.. Hikhik!
PEREMPUAN kalo bershopping berlagak macam orang kaya. Baju, kasut semua nak jaga standard padahal gaji tak seberapa. Biar papa asal bergaya la. (harapny ku x begitu)
Tak macam GADIS, berbelanja ikot kemampuan diri. Jaga diri lebih penting dari jaga standard.. Heheh!
PEREMPUAN kalo berkawan tak pernah ikhlas. Ada jer plan dier nak mendajalkan kawan dier. Perangai sebijik macam Bawang Merah.
Hati tu penuh dengan sifat iri hati, hasad dengki. Buruk! Busuk! Berulat! Eeeyekk!
Tak macam GADIS, sekali berkawan biar kekal sampai mati. Bukan setakat berkawan untuk ketawa tapi untuk semua situasi. Sekali sekala buruk sangka takper, tapi janganla jadi “musuh dalam selimut” sudah!
PEREMPUAN bila mengumpat langsung tak pandang kiri kanan. Mana tak, dah excited sangat nak cerita hal dalam kain orang.
Tapi dia tak sedar hal dalam kain dia heboh orang duk cerita. Adui la.. Bikin malu kompeni jer..
Tak macam GADIS kalo mengumpat biar yang berpatutan ajer. Tak ler sampai nak selak kain orang nak tau cerita. Sometimes, bila kain sendiri koyak pandai² ler jahit.
Jangan jadi macam PEREMPUAN, dah koyak dikonyaknya luas² lagi. Nak “bukak pekung di dada” ler tu. Ceh!

No comments:

Post a Comment